Ahad, 15 November 2009

Tajuk Sajak: Cinta Si Anak

Kerana kononnya… hilang kasih sayang
Semua di lupa asal-usulnya
Mancari cinta tanpa memikirkanya
Ibu tidak di pandang…. impiannya

Ingin saja hendak di marah
Tapi… hati tak sampai jangan
Dilarang salah tak dilarang salah
Akibatnya… jadi serba salah.

Fikir dulu impian ibu
Fikir dulu teladaan adik
Fikir dulu mana salahnya
Fikir dulu apa kesudahanya

Jangan sampai terlanjur
nanti ibu terbujur
jangan sampai terjadi
nanti adik tidak menjadi

Bukan ibu tidak sudi
Tapi takut kamu lupa budi


Tarikh dan Masa : 16/11/2009/910pm
Tempat: Tepi tangga tinggkat 4 Kolej KHAR.
By: Newman Bin Ojunal

Tajuk Sajak: Benarkah Itu Sahabat

Berjalan ke mana saja bersama
Makan juga bersama
Kekadang tidur bersama
Boleh dikata semua bersama

Bila ketawa si si sahabat ketawa
Bila bersedih si sahabat bersama

Emmmm…

Betulkah ….
Itu namanya sahabat ….

Mungkin

Tapi…
waktu kesorangan, fikirlah…
Datang seorang pergi juga seorang

Dan beringat

Sahabat yang benar
Ditunjukkannya jalan
Untuk menghadapi waktu-Nya nanti


Tarikh dan Masa : 16/11/2009/1053pm
Tempat: Atas Katil Kolej KHAR.
By: Newman Bin Ojunal

Tajuk Sajak: Manusia Dan Lakunya

Tawa dalam tangisan
Gembira dalam kekecewaan
Manis dalam kepahitan
Kaya dalam kesusahan
Bijak dalam kebodohan

Hahahha……

Ada waktu kita berpura-pura
Ada waktu kita tidak jujur
Ada waktu kita berbohong
Ada waktu kita menindas
Ada waktu kita menang

Tapi…

Ikut hati mati
Ikut rasa binasa
Ikut otak terhentak
Ikut cakap terperangkap
Ikut Orang terarang

Beringat lah…..
Semua perkara ada waktu-waktunya
Hiduplah mengikut hukum alam-Nya
Supaya tidak teraniaya
Terhindar dari hukuman-Nya


Tarikh dan Masa : 16/11/2009/800pm
Tempat: Tepi tangga tinggkat 4 Kolej KHAR.
By: Newman Bin Ojunal

Rabu, 4 November 2009

Mengnikmati Keindahan Pantai



Luas perjalanan indahnya pengetahuan dan pengalaman, itulah kata-kata yang sering kita dengar daripada mereka yang suka merantau. Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa apa itu keindahan? ....Bersambung....

Kesan Penjajahan Barat Keatas Filipina

1.0 PENGENALAN
Faktor-faktor yang menyebabkan proses penjajahan barat di Filipina pada abad ke-19 adalah disebabkan kesinambungan Sepanyol untuk mencari bahan perdagangan rempah yang sangat menguntungkan di Hindia Timur. Sepanyol merupakan kuasa barat yang pertama datang ke Filipina. Kepulauan Filipina ini telah ditemuai oleh Ferdinand Magellan. Namun, kepulauan Filipina bukanlah kepulauan yang mempunyai hasil rempah seperti yang diingini oleh pihak barat. Pada adad ke-19 sepanyol masih lagi menjajah Filipina sehinggalah akhir abad ke-19. Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan proses penjajahan ini berlaku iaitu, ekonomi politik dan sosial.
2.0 FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN BARAT DI FILIPINA PADA ABAD KE-19
2.1 Faktor Ekonomi
Terdapat dua faktor ekonomi yang menyebabkan proses penjajahan Sepanyol di filipina pada abad ke-19. Faktor ekonomi pertama, Filipina mampu menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China, Jepun, Siam, Kemboja dan pulau-pulau rempah. Filipina mampu menjadi tempat pengkumpulan barangan dagangan. Segala Hasil sutera dan rempah-ratus kepualaun Melayu dan China akan di kumpulkan terlebih dahulu sebelum dikirimkan ke Acapulco. Kemampuan Filipina ini juga turut menari minat Amerika menjalankan perdagangan dengan Sepanyol. Filipina merupakan gerbang perdagangan dengan Amerika-Sepanyo, dan dengan saluran inilah wang pesos Amerika mengalir masuk ke Asia Tenggara. kedua, wujud persaingan hebat diantara kuasa-kuasa besar Eropah untuk mengawal perdagangan rempah ratus gugusan kepulauan Melayu. Sehinggakan penjajah barat yang lain turut berminat untuk menjajah Filipina. Hal ini dapat dibuktikan melalui kesedaran Belanda terhadap kepentingan Filipina sebagai entrepot perdagangan Timur Jauh yang akan memberikan peluang yang menguntungkan. Sehinggakan terdapat percubaan Belanda untuk merampas Filipina daripada Sepanyol. Kedua-dua faktor ekonomi ini mendorong Sepanyol untuk menjajah Filipina sehinggalah akhir abad ke-19.
2.2 Faktor Politik
Melalui Politik pula, Sepanyol menjajah Filipina adalah disebabkan untuk mendapat kemegahan politik. Dengan menjajah Filipina negara sepanyol muncul sebagai suatu empayar yang amat kuat sempadannya yang meluas sampai ke asia. Melalui penjajahan keatas Filipina, Sepanyol juga ingin melebarkan pengaruh Politiknya. Kerana, Orang Sepanyol menggunakan Filipina sebagai pengkalan untuk menyerang pulau-pulau Rempah. Selain daripada keinginan kemegahan politik, masalah politik tempatan turut mempengaruhi proses penjajahan sepanyol di Filipina. Pemerasan keatas orang Filipina yang dilakukan oleh para pembesar-pembasar mereka sendiri dan Rasuah dalam kalangan pemerintah tempatan dan penindasan telah menyebabkan Sepanyol untuk menjajah Filipina.
2.3 Faktor Sosial
Dari faktor sosial, tujuan penjajahan Sepanyol di Filipina adalah untuk menyebarkan agama kristian dan menyebarkan kebudayaan Sepanyol. Penyebaran agama kristian ini dilakukan berdasarkan penalukan yang dilakuakan oleh sepanyol. Mubaligh-mubaligh kristian telah diberi kuasa oleh kerajaan Sepanyol di Filipina untuk membantu pentadbiran di Filipina. Keadaan ini menyebabkan pengkristianan mudah dilakukan di Filipina. Manakala penyebaran kebudayaan pula dilakukan melalui perantaraan bahasa Sepanyol. Terdapat banyak sekolah yang di buka oleh Sepanyol untuk menerapkan pendidikan kepada rakyat Filipina. Dalam sistem pendidikan inilah yang digunakan oleh Penjajah Sapanyol untuk menyebarkan kebudayaan Sepanyol. Terdapat 2150 buah sekolah telah dibuka oleh sepanyol. Melalui pembukaan sekolah-sekolah inilah maka Sepanyol mampu meneruskan lagi proses penjajahannya keatas Filipina sehinggalah abad ke-19. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan di dalam penjajahan Sepanyol keatas Filipina kerana agama kristian menjadi seluran untuk kebudayaan sepanyol berkembang di filipina.
3.0 KESIMPULAN
Penjajahan barat pada abad ke-19 telah mengubah latar balakang masyarakat Filipina. perubahan ini dapat dilihat melalui tiga faktor iaitu ekonomi, politik dan sosial. Dari sudut ekonomi, sebelum kedatangan barat di Filipina masyarakat di kepulauan Filipina tidak mempunyai sistem ekonomi yang teratur tetapi penjajahan barat telah mengubah ekonominya kearah yang lebih teratur. Politik pula, politik di kepulauan Filipina sebelum penjajahan adalah bersifat setempat, tetapi kedatangan penjajah barat telah menjadikan filipina mempunyai kuasa politik pusat. Manakala sosial, pihak penjajah telah berjaya mengubah sosiobudaya masyarakat Filipina, ini dapat dilihat melalui agama dan bahasa mereka setelah kedatangan penjajah.

BIBILIOGRAFI
D.G.E. Hall 1981. Sejarah Asia Tenggara. Hulu Kelang Selangor: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Joginder Singh Jessy 1971. Sejarah Asia Tenggara 1500-1945. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn Bhd.

Maruwiah Ahmat 2006. Penjajahan Portugis Dan Sepanyol Ke Atas Asia Tenggara. Shah
Alam: Karisma Publications.

Sivachandralingam Sundara Raja 2005. Sejarah Perdagangan Bebas. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Selasa, 3 November 2009

Ulasan Mengenai Sekolah 1 aliran

Sokong sekolah satu aliran
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.
Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.
‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.
‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya.
Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.
‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.
Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.
Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.
Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.
‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.

Ulasan....

menyesuri sejarah malaysia dari segi pendidikan memang tidak jauh bezanya daripada apa yang ada sekarang, memang ada perbezaan yang ketara iaitu dari segi kandungan kurikulum. tetapi dari segi masyarakat iaitu kenapa masih perlu adanya sekolah yang berteraskan kepada bangsa. sekirang kita mahu membina negara yang maju adalah penting jika kita mewujudkan sebuah sekolah satu aliran yang tanpa melihat latar belakang individu. oleh itu adalah patut sekirannya sekolah satu aliran ini dilaksankan secepatkan mungkin.

Pengaruh Pemikiran Feudalisme Dalam Masyarakat Melayu

1.0 Pendahuluan
Pada kurun ke-19 sosio-ekonomi masyarakat Malaysia amat dipengaruhi oleh konsep ‘feudalisme’. Namun begitu, untuk memahami konsep ‘feudalisme’ dalam konteks ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19, haruslah dianalisis dalam konteks ekonomi politik yang lebih luas dan juga dalam ruang budaya Melayu yang dibentuk oleh kepercayaan; pengaruh animisme, hinduisme, agama Islam, alam sekitar, bahasa dan adat resam. Ini kerana, kegiatan ekonomi ini sangat berhubung kait dengan lapisan masyarakat Malaysia.
Menurut Ishak Saat, ‘fedualisme’ bermaksud corak perhubungan pemerintah dengan yang diperintah yakni lebih berbentuk kesatuan dalam keadaan iaitu setiap golongan saling memerlukan. Konsep ‘fedualisme’ ini dapat di lihat melalui hujah ini “Dan lagi tiada akan sentosa kerajannya, kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu; jikalau tiada kayu, dimanakah api itu bernyala?...yakni rakyat ini umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar mescaya pohon tiada akan dapat berdiri”. Oleh itu, sosio-ekonomi pada kurun ke-19 memperlihatkan pengaruh ‘fedualisme’, iaitu sistem ekonomi yang berkait rapat dengan perbezaan darjat manusia yang melahirkan dua kelas manusia, iaitu kelas Raja dan Bangsawan dengan golongan rakyat biasa. Walaupun ini mewujudkan kelas manusia dalam ekonomi namun masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 saling memerlukan dalam konteks penghaslian ekonomi.

2.0 Sosio-ekonomi masyarakat Malaysia
2.1 Golongan Pemerintah
Golongan pemerintah terdiri daripada kerabat diraja dan para pembesar. Sumber ekonomi golongan ini berpunca daripada tiga sumber utama. Pendapatan golongan ini datang daripada pelbagai bentuk cukai, kawalan tenaga buruh dan menerusi perdagangan. Raja dan pembesar Melayu pada zaman sebelum permulaan kurun ke-20 juga lebih mementingkan perdagangan dan monopoli pencukaian terhadap barangan yang menggunakan sistem sungai. Oleh kerana, sungai boleh mendatangkan keuntungan kepada para pemerintah maka kawasan sungai pada kebiasannya dijadikan pusat pemerintahan. Keadaan ini dapat dilihat di negeri-negeri Malaysia timur iaitu Sabah dan Serawak, kerana Sungai merupakan alat perhubungan bagi kaum Dayak Iban, Murut, Melanau dan sungai ini menjadi lambang kekuasaan aristokrat dan pembesar tempatan. Melalui sungai ini para golongan pemerintah mendapat sumber ekonomi berdasarkan cukai yang dikenakan.
2.2 Golongan diperintah
Golongan yang diperintah merupakan golongan jumlah penduduk yang terbesar sekali dalam masyarakat Malaysia. Ekonomi masyarakat Malaysia amnya adalah berasaskan pertanian selain itu, mencari barang-barang hutan seperti buluh, damar, rotan dan kayu api dan menangkap ikan di sungai, tasik, laut dan paya. Kegiatan pertanian ini dapat dilihat dalam penanaman padi, iaitu padi sawah, penanaman ini adalah amat digalakan oleh golongan pemerintah bagi menampung keperluan negeri, contohnya bagi penduduk Sabah, penanaman padi merupakan kegiatan utama bagi penduduk Sabah. Walaubagaimanapun ekonomi golongan yang diperintah masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 adalah dipegang dan dikawal oleh golongan pemerintah. Rakyat dikehandaki menyerahkan sepersepuluh dariapda hasil mereka kepada pembesar, sebagai memenuhi tanggungjawab tradisi.
3.0 Konsep kebergantungan diantara golongan pemerintah dengan yang diperintah
3.1 Sultan dan pembesar
Politik dan pentadbiran tradisional tidak dipikul oleh sultan seorang sahaja, tetapi dibantu oleh para pembesar tempatan. Sultan sangat bergantung dengan Pembesar-pembesar tempatan dalam soal ekonomi negeri. Kerana kelas pemerintah merupakan satu badan yang sangat berkait rapat dengan sultan. Barang-barang dagangan yang keluar dan masuk dalam ekonomi Melayu lazimnya dikawal oleh kelas diraja dan aristokrat, terutama melalui cukai yang wujud pada ketika itu. Faktor inilah yang mewujudkan konsep kebergantungan diantara sultan dan pembesar kerana pembesar diberi hak mengutip cukai dan sebahagianya akan diserahkan kepada sultan.


3.2 Sultan dengan rakyat.
Dipercayai bahawa sultan boleh mempengaruhi kesihatan dan kebajikan rakyatnya serta tanaman yang menjadi sumber makanan mereka. Keadaan ini mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan dalam konteks ekonomi dan rakyat ini menjadi tulang belakang bagi menghasilkan sumber ekonomi negeri. Kuasa ekonomi golongan pemerintah terletak kepada sistem cukai, kerana hak menuntut cukai khidmat daripada rakyatnya telah peroleh oleh golongan pemerintah. Oleh itu, keadaan ini telah mewujudkan konsep kebergantungan antara sultan dan rakyat.
3.3 Pembesar dengan rakyat
Golongan aristokrat tempatan ini terdiri daripada pembesar-pembesar negeri yang diketuai oleh sultan. Sultan akan memberi kuasa kepada para autoriti-autoriti tempatan untuk menjana ekonomi, contohnya mengarahkan penanaman padi bagi mana-mana kawasan yang sesuai. Pembesar mempunyai hak dalam mengarahkan rakyat didalam melakukan sesuatu bagi menghasilkan sumber ekonomi kerana sultan telah memandatkan pembesar dalam soal membangunkan ekonomi negeri. Kedudukan rendah rakyat ini tidak menjadi soal kepada mana-mana pihak pun dan tidak juga dipersoalkan akan hak anggota-anggota kelas yang memerintah menerimaa apabila diminatanya akan persembahan barang-barang serata pengabadian diri sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan kepada rakyat. Keadaan inilah yang mewujudkan konsep kebergantungan pembesar dengan rakyat.
4.0 Pengaruh konsep “feudalisme” dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada abad ke-19.
4.1 Sistem Serah
Sistem serah merupakan sebahagian adat ekonomi tradisional masyarakat Malaysia. Ini kerana selain daripada mengenakan cukai golongan aristokrat ini juga mempraktikkan satu sistem adat tradisional yang dikenali sebagai Serah dagang. Dalam urus niaga untuk memperoleh bekalan keperluan, harga barang tersebut dimanipulasikan oleh raja yang sendirinya menjadi sudagar utama. Rakyat tidak dapat memperoleh bekalan keperluan secara terus daripada sudagar utama melainkan hanya melalui para golongan pemerintah, ini menyebabkan rakyat perlu menyerahkan terlebih sebahagian daripada hasil mereka kepada golongan pemerintah. Rakyat perlu melakukan menyerahkan sepersepuluh daripada hasil mereka kepada pembesar kerana ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab tradisi. Rakyat tidak dibenarkan menyimpan harta yang lebih dan apa yang menyedihkan kaum tani tidak dapat menikmati hasil dari titik peluh mereka. Jika adapun rakyat yang hendak menyimpan maka penambahan harta daripada kalangan golongan rakyat, boleh menyebabkan raja akan melakukan tindakan merampas harta. Keadaan sistem Serah ini ini dapat digambarkan seperti yang terdapat di dalam Hikayat Abdullah; “apabila raja-raja itu menghendaki baik anak-anak perampuan atau barang suatu harta benda rakyatnya, diambilnya sahaja dengan tidak menjadi sesuatu atau takut kepada Allah. Dan tiada lagi kepadanya timbangan dan kenangan atas rakyatnya”. Sistem Serah ini inilah yang menunjukkan bahawa sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 amat dipengaruhi oleh konsep ‘feudalisme’.
4.2 Sistem kerah
Sistem kerah merupakan sesuatu sistem yang mewajibkan penduduk semua kampung dalam sesuatu daerah itu menyumbangkan tenaga buruh untuk berkerja diladang-ladang, untuk mengutip hasil-hasil hutan dan kerja-kerja umum atau persendirian yang lain. Sistem serah kerah ini harus diterima dan tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat, kerana sistem kerah ini merupakan satu bentuk arahan dariapda Sultan dan pembesar yang akan memastikan arahan tersebut dilakukan oleh para pembesar. Hak pembesar untuk memungut hasil ekonomi ini diperoleh daripada surat tauliah dariapda pemerintah. Pada kurun ke-19 ekonomi masyarakat Malaysia terutama sekali kawasan biji timah di perak, Selangor dan Sungai Ujung adalah bijih timah. Pelombong-pelombong bijih timah pada ketika itu adalah daripada golongan rakyat yang berkerja dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi dan dari 3 pagi sehingga 6 petang. Peruntukan masa ini dibuat bagi membolehkan mereka mengusahakan tanah pertanian, perkerjaan inilah yang menjadi tugas kewajipan terhadap pembesar mereka. Keadaan ini telah memperlihatkan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 amat dipegaruhi oleh konsep ‘feudalisme’. Kerana raja dan pembesar Melayu cuba menyelesaikan masalah memperoleh pendapatan melalui sistem kerah.

4.3 Penguasa bagi sesuatu kawasan ekonomi
Raja dan pembesar Melayu pada zaman sebelum permulaan kurun ke -20 lebih mementingkan perdagangan dan monopoli pencukaian terhadap barangan yang menggunakan sistem sungai. Barang-barang dagangan yang keluar dalam ekonomi Melayu lazimnya dikawal oleh kelas diraja dan aristokrat, terutama melalui cukai yang wujud pada ketika itu. Hasil hutan yang dibawa keluar oleh golongan yang diperintah akan dikenakan cukai oleh golongan pemerintah. Kelas sosial pengeluar yang sebahagiannya terdiri daripada petani-petani Melayu merupakan mangsa utama dalam proses ini. Keadaan ini berlaku kerana para penguasa tempatan mempunyai hak keatas hasil ekonomi mereka. Walaupun pada hakikatnya golongan yang diperintah ini telah berhempas pulas dalam mencari sumber pendapatan namun golongan pemerintah dengan sewenangnya-wenangnya mengambil kesempatan terhadap titik peluh golongan yang diperintah. Keadaan ini seolah-oleh menunjukkan golongan yang diperintah mencari sumber pendapatan untuk orang lain. Keadaan dalam masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 memperlihatkan bahawa Penguasa bagi sesuatu kawasan ekonomi membawa kepada konsep sosio-ekonomi yang dipengaruhi oleh konsep ‘feudalisme’.
4.4 Mengeluarkan hasil pertanian untuk golongan pemerintah
Kelas sosial ini bergantung dan hidup di tengah-tengah masyarakat agraria. Hasil tanaman yang dikeluarkan oleh kaum tani akan di beli dengan harga yang murah dan kemudiannya menjualkannya hasil-hasil ini kepada pasaran dunia. Apa yang menyedihkan kaum tani tidak dapat menikmati hasil dari titik peluh mereka. Orang tengah menawarkan harga rendah kepada kaum tani. Golongan yang diperintah dalam masyarakat Malaysia kurun ke-19 ini tidak mampu mengelak daripada keadaan penindasaan ini. Sebahagian daripada mereka yang memiliki tanah telah menggadai atau menjual tanah tersebut. Tanah sebagai asas kehidupan kaum tani telah dirampas oleh ahli-ahli dari kelas sosial yang lain. Keadaan ini telah memaksa para golongan yang diperintah melakukan kerja-kerja mengeluarkan hasil pertanian untuk golongan pemerintah kerana mereka tidak lagi mempunyai tanah untuk mengeluarkan sumber pendapatan bagi menampung kehidupan mereka. Golongan ini tidak dibayar gaji yang banyak gaji yang dibayar hanya secukup makan sahaja. Keadaan masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 iaitu mengeluarkan hasil pertanian untuk golongan pemerintah inilah faktor daripada konsep ‘feudalisme’ keatas sosio-ekonomi masyarakat Malaysia.
4.5 Membayar cukai pendapatan.
Membayar cukai pendapatan pada kurun ke-19 juga memperlihatkan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia dipengaruhi oleh konsep ‘feudalisme’. Pelbagai bentuk cukai yang dipungut oleh sultan dan para pembesar. Antara cukai yang dipungut ialah cukai kepala, cukai keluarga, cukai lepai dan cukai serah. Cukai-cukai ini perlu dibayar bagi mengelak dariapda rakyat dapat menambahkan harta mereka. Maka cukai harus dikenakan kepada golongan yang diperintah. Misalnya, Cukai hasil padi yang dikenakan satu persepuluh hasil keluaran. Di kerian perak jumlah tetap dikenakan 30 gantang serelung. Cukai ini adalah sesuatu kewajipan yang harus dibayar oleh golongan yang diperintah kerana melalui hasil cukai inilah yang memperlihatkan kedudukan ekonomi bagi golongan pemerintah. Semangkin banyak cukai yang dipungut maka semangkin tinggilah pendapatan golongan pemerintah. Namun secara tidak langsung keadaan ini membawa kepada pengaruh ‘feudalisme’ dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia kurun ke-19.
5.0 Kesan-kesan feudalisme keatas sosio-ekonomi masyarakt Malaysia kurun ke-19
Dalam masyarakat Malaysia kurun ke-19 memperlihatkan kesan ‘feudalisme’ keatas sosio-ekonomi masyarakat, kerana kekuatan ekonomi inilah yang membawa penguasaan sistem politik khususnya pihak pemerintah. Selain itu, konsep ‘feudalisme’ keatas sosio-ekonomi masyarakat dalam Malaysia menyebabkan kedudukan pemerintah sangat dipandang tinggi oleh masyarakat. Kekuatan kedudukannya diperkukuhkan lagi oleh ‘would view’ yang dipupuk kepada rakyat jelata. Kesannya kelas pemerintah mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh berikutan kuasa politik yang mereka miliki dengan ini kelas pemerintah sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh kelas bawahan. Manakala kesan ‘feudalisme’ keatas sosio-ekonomi masyarakat Malaysia bawahan pula terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka tidak boleh mempersoalkan akan hak anggota-anggota kelas yang memerintah. Ini kerana mereka telah menerima konsep perlindungan yang diberikan kepada golongan pemerintah.
6.0 Feudalisme selepas kedatangan British
Kedatangan British ke atas masyarakat tempatan telah membawa kesan kepada ekonomi dan politik dengan secara langusng ataupun tidak langsung. Kedatangan British ini telah membawa perubahan yang ketara dalam konsep ‘feudalisme’ yang mempengaruhi sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19. Jika sebelum kedatangan British, kuasa ekonomi sepenuhnya berada di tangan golongan pemerintah, tetapi selepas kedatangan British kuasa ekonomi ini telah beralih ke tangan pihak British. Ini kerana segala kutipan cukai adalah di bawah kawalan kerajaan. Pihak British melantik pembesar-pembesar sebagai pegawai kerajaan dan pembesar-pembesar ini dibayar gaji begitu juga dengan sultan-sultan. Keadaan ini telah menyebabkan pengaruh fedualisme dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia semangkin luntur. Lantaran itu juga peraturan-peraturan tentang tanah dan hasil kutipan telah digubal oleh pihak British. Keadaan ini terus membawa kepada kejatuhan konsep ‘fedualisme’ dalam sosio-ekonomi masyarakat Malaysia. Keadaan ini adalah disebabkan sosio-ekonomi mula berubah dan dipengaruhi oleh sistem Kapitalis Barat. Kesannya pihak pemerintah tempatan iaitu sultan dan para pembesar tidak lagi saling bergantungan dalam sistem serah dan kerah tetapi membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi modal untuk memanuhi keperluan dan permintaan Barat.
7.0 Kesimpulan
Keadaan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia pada kurun ke-19 adalah amat dipengaruhi oleh konsep feudalisme. Namun demikian konsep feudalisme inilah yang telah membawa kepada kestabilan politik masyarakat Malaysia pada kurun tersebut. Ini kerana melalui konsep feudalisme dalam sosio-ekonomi ini telah membawa adanya kebergantungan di antara golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah secara tidak langsung keadaan ini membawa kepada kesetiaan rakyat terhadap golongan pemerintah. Seperti yang diungkapkan dalam ayat ini; “Dan lagi tiada akan sentosa kerajannya, kerana raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu; jikalau tiada kayu, dimanakah api itu bernyala?...yakni rakyat ini umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar mescaya pohon tiada akan dapat berdiri” walaubagaimanapun pengaruh ‘feudalisme’ ini semangkin berkurang setelah kedatangan British ini disebab pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh pihak British.

Bibliografi
Abdul Rahman Hj Abdullah 2006. Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications.

Ahmad Boestaman (penterjemah) 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok 1996. Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanizah Hji. Idris 2006. Perdagangan Pelabuhan di Borneo. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hasan Ahmad (Editor) 2004. Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Ishak Bin Saat 2005. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Shah Alam: Krisma Publications Sdn Bhd.

Ishak Bin Saat 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam: Karisma Publications.

J.M. Gullick 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Mohd. Isa Othman 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd.

Norazit Selat 1997. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rahmat Saripan 1991. Masyarakat Malaysia Abad ke-19. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shellabear 1975. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Fajar bakti.

Wan Abdul Kadir 2001. Politik dan Ekonomi Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaysia.